Monday, December 14, 2009

Jangan...



Jangan sisihkan aku dari hidupmu,
Biarpun aku lemah,
Berbanding dirimu,
Biarpun aku daif,
Berbanding kehidupanmu,
Biarpun aku kekurangan,
Berbanding kesempurnaanmu,
Izinkan aku menjadi sahabatmu.

Jangan sisihkan aku dalam sedarmu,
Mahupun dalam lenamu,
Biarpun rindu itu bukan milikku,
Kesedaranku meredhai takdirku,
Bagai takdir sang pipit,
Masakan tegar bersama sang helang,
Kerana aku hanyalah sahabatmu,

Ya...aku sahabatmu,
Sahabatmu yang mengingatimu,
Mendoakan mu bahagia,
Melihatmu bahagia,
Bahagiamu,
Adalah kebahagiaan ku jua...


3 comments:

  1. Yuuppp..sentiasa jadi sahabat ku kan??? Hehehehhehe...

    ReplyDelete
  2. terlalu sukar utk mencari sahabat sejati...sukar ditafsir..sukar dimengerti...

    ReplyDelete